1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA : Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? lalu muridnya menjawab : "Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soal ini ialah “mati”. (Ali 'Imran :185).
KEDUA : Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini? lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawaban yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah “masa lalu”. Walau dengan cara apapun, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini? lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah “nafsu”. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka jahanam. (al-A'raf: 179)
KEEMPAT : Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia ini? lalu muridnya menjawab : "besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawaban adalah benar tetapi yang paling benar ialah “menanggung amanah”. Segala tumbuhan, binatang, gunung, tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Banyak manusia yang rusak dan binasa karena tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kelalaian dan kurang adanya rasa tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
KELIMA : Beliau bertanya tentang apakah yang paling ringan di dunia ini? lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawaban yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah “meninggalkan sembahyang” karena manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM : Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia ini? lalu muridnya menjawab: ''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahwa jawaban itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah “lidah manusia” di mana lidah manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga terjadinya pertengkaran serta perpecahan.

Nice post..
BalasHapusTerima kasih sudah mau mengingatkan..
iyaaa, sami2 kk ,, makacii udah mampir ^^
BalasHapusCopy ahh.......
BalasHapusHehehehe